HomeUtamaPEMULIH : Pakej Ransangan Menyeluruh, Turut Beri Manfaat Kepada Sabah

PEMULIH : Pakej Ransangan Menyeluruh, Turut Beri Manfaat Kepada Sabah

Read Time:2 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sebanyak RM150 bilion.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pakej itu merupakan pakej rangsangan menyeluruh yang akan turut memberi manfaat kepada Sabah.

“Pakej rangsangan yang amat komprehensif ini sudah pasti akan memberi manfaat kepada rakyat dan pelbagai sektor ekonomi di Sabah.

“Peruntukan yang merangkumi suntikan fiskal RM10 bilion adalah besar dan inilah yang diperlukan negara sekarang untuk mengatasi impak penutupan kali ketiga di seluruh negara oleh COVID-19,” katanya.

Hajiji berkata, ini sangat baik bagi penduduk di Sabah yang akan menerima bantuan wang tunai dari kerajaan negeri di bawah Bantuan Sabah Prihatin (BSP) 3.0 selain Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bernilai RM4.6 bilion di bawah PEMULIH.

Katanya, BKC dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 11 juta isi rumah, warga emas dan individu bujang dalam kategori B40 dan M40 di negara ini.

“Menerusi PEMULIH, isi rumah B40 akan menerima sebanyak RM500 daripada kerajaan pada Ogos dan RM300 pada Disember; individu bujang B40 akan menerima RM200 pada Ogos; isi rumah M40 menerima RM250 pada Ogos manakala individu bujang M40 akan menerima RM100 pada Ogos.

“Isi rumah yang dikategorikan sebagai miskin akan menerima bantuan sebanyak RM1,800,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, peruntukan sebanyak RM300,000 kepada Ahli Parlimen untuk bantuan bakul makanan akan membantu ramai golongan yang terkesan di kawasan masing-masing.

“Saya turut mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri bahawa Bank Simpanan Nasional (BSN) akan memulakan kemudahan perbankan mudah alih di Sabah pada bulan Julai ini, bagi memberi akses yang lebih mudah dalam perkhidmatan bank kepada penduduk di luar bandar.

“Kerajaan juga akan menawarkan dana sebanyak RM18 juta kepada bank tempatan untuk menyediakan kira-kira 30 unit bank bergerak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang meliputi 250 kawasan luar bandar,”katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, PEMULIH menyediakan bantuan kewangan yang lebih baik kepada petani, kontraktor, perusahan kecil dan sederhana (PKS), pengusaha taska, pengusaha kemudahan sukan, seni kreatif, orang kurang upaya (OKU) dan sektor pelancongan.

Katanya, Sabah juga menyambut baik peruntukan sebanyak RM400 juta untuk meningkatkan bekalan vaksin negara dan mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Pemberian moratorium pinjaman bank selama enam bulan tanpa syarat kepada semua peminjam individu dan pengusaha mikro membuktikan keprihatinan kerajaan kepada keperluan semua rakyatnya.

“Langkah untuk memperbanyakkan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) terutama kepada graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja tidak formal, yang mana mendaftar di bawah platform MyFuture Jobs, bakal menerima sekurangkurangnya RM300, kurangnya RM300, adalah sangat bermakna,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

AJ Productions Sdn. Bhd tarik diri kerjasama penganjuran BOHEX

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular