HomeEkonomiSedafiat Serah Zakat Perniagaan kepada MUIS

Sedafiat Serah Zakat Perniagaan kepada MUIS

Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menyaksikan penyerahan zakat perniagaan daripada Sedafiat Sdn. Bhd. sebanyak RM713,907.06 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Sedafiat, Datuk Ag Buthamam Ag Mahmun menyerahkan wang zakat itu kepada Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Ramlan Awang Ali.

Dalam pada itu, Sedafiat turut menyerahkan wang amal jariah sebanyak RM100,000.00 kepada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, yang diterima oleh Pengurus Besarnya, Salman Nurillah.

Terdahulu Hajiji yang juga Menteri Kewangan turut menerima pembayaran Dividen Interim Pertama Tahun 2021 daripada Kimanis Power Sdn. Bhd kepada NRG Consortium (Sabah) Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah bernilai RM12 juta.

Manakala Kimanis Power diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Zainuddin Yahaya.

Turut hadir ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir.Shahelmey Yahya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya