HomeUtamaSelepas Sandakan, Kota Kinabalu Turut Benarkan 'Dine-In' Di Restoran

Selepas Sandakan, Kota Kinabalu Turut Benarkan ‘Dine-In’ Di Restoran

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) membenarkan semua peniaga restoran beroperasi secara ‘Dine-In’ berikutan kekeliruan yang berlaku berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Datuk Bandar Kota Kinabalu Noorliza Alip berkata, dengan kebenaran itu pihak penguatkuasa tidak akan mengeluarkan notis kompaun kepada restoran yang membuka operasi sepanjang tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Pertama di Sabah.

Katanya, ia juga adalah selaras dengan pengumuman Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang menyatakan kerajaan Sabah akan melaksanakan PPN Fasa Pertama dengan mengekalkan sebahagian besar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Antara yang dibenarkan beroperasi pada PPN Fasa Pertama ini beberapa aktiviti sosial dan ekonomi termasuk makan di restoran selain operasi kedai gunting.

Noorliza berkata, meskipun belum ada SOP terkini yang diluluskan Majlis Keselamatan Negara (MKN), pihaknya akan berpandu kepada SOP yang sedia ada.

Katanya menerusi kenyataan yang dipetik Daily Express berhubung pertanyaan pelbagai pihak mengenai kebenaran operasi perniagaan.

Sebelum ini daerah Sandakan turut membenarkan operasi sama dibuka bermula kelmarin dengan masa operasi bermula 6 pagi hingga 8 malam.

Hanya dua orang satu meja makan sahaja dibenarkan selain 50 peratus individu sahaja boleh berada di dalam premis makanan.

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakod kelmarin mengumumkan lima negeri akan beralih ke Fasa Kedua FFN berkuatkuasa Isnin ini.

Lima negeri tersebut ialah Perlis; Perak; Pahang; Terengganu dan Kelantan.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

1 COMMENT

  1. SAYA AMAT BERSETUJUH PENDEKAN YANG DI AMBIL OLEH PIHAK DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU UNTUK DUDUK MAKAN DI RESTOREN DAN KEDAI MAKAN.INI BOLEH MEMBANTU PIHAK KERAJAAN MEMULIHKAN KDNK KERAJAAN NEGERI MEMULIHKAN EKONOMI PARAH PENIAGA YANG DI BENARKAN BEROPERASI.INI JUGA BOLEH MENGURANGKAN BEBAN KERAJAAN DARI SEGI BANTUAN PERHATIN APABILA RAMAI PIHAK DAPAT BEROPERASI DAN TIDAK LAGI PERLU TERLALU BERHARAP BANTUAN PIHAK BERWAJIB.KERAN PIHAK YANG BEROERASI BOLEH SUDAH UNTUK MENANGUNG SEGALA SEWA KEDAI BAYAR BIL ELEKTRI DAN SEBAGAINYA.INI LAH HARAPAN RAKYAT APABILA PIHAK BERWAJIB BERTANGUNJAWAP MEMBENARKAN RAKYAT UNTUK BERUSAH DENGAN MEMBENARKAN MEMBUKA BEROPERASI .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular