HomeIsu tempatanSESB Sedia Jana Kuasa Mudah Alih Untuk Hospital Medan Di Labuan

SESB Sedia Jana Kuasa Mudah Alih Untuk Hospital Medan Di Labuan

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyediakan jana kuasa mudah alih berkapasiti 500 kiloWatt (kW) bagi memastikan hospital medan bagi merawat pesakit COVID-19 di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan mampu beroperasi dengan lancar.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB Datuk Ir Abdul Nasser Wahid berkata, jana kuasa itu akan berfungsi sebagai alternatif bagi memastikan bekalan elektrik ke dewan berkenaan kekal stabil jika berlaku gangguan bekalan dalam sistem grid.

“Langkah ini adalah sebagai tanda sokongan dan usaha SESB kepada kerajaan dalam memastikan Wilayah Persekutuan Labuan dapat dipulihkan dari penularan COVID-19 yang kini meningkat.

“Selain itu, SESB turut membantu menyediakan bekalan elektrik di pos kawalan sekatan jalan raya polis bersama tentera,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Katanya, sebanyak 66 pos kawalan sekatan jalan raya di seluruh Negeri Sabah termasuk 10 di Wilayah Persekutuan Labuan dibekalkan dengan bekalan elektrik melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat SESB.

“Adalah diharapkan inisiatif ini sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit keselesaan dan meningkatkan tahap keselamatan anggota polis dan tentera yang bertugas terutama pada waktu malam sehingga pagi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

100 warga emas diraikan sempena Hari Natal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular