Yayasan Petronas Sumbang peranti, Data Bernilai RM4.6 juta kepada pelajar Sabah, Labuan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:58 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU, 4 Julai — Seramai 1,726 pelajar di Sabah dan 118 pelajar di Labuan menerima peranti digital yang dilengkapi sambungan data bernilai RM4.6 juta sumbangan Yayasan Petronas bagi memudahkan akses pembelajaran dalam talian kepada pelajar daripada keluarga B40.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas Nelly Francis Shariah berkata sumbangan itu disalurkan melalui Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort, Kuala Penyu, Papar, Kinabatangan, Labuk dan Sugut, Semporna, Lahad Datu, Pitas, Ranau, Tenom, dan Jabatan Pendidikan Labuan bermula 29 Jun hingga 2 Julai.

“Ia adalah sebahagian daripada komitmen Yayasan PETRONAS di bawah Program CERDIK yang merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat oleh syarikat berkaitan kerajaan bagi memudahkan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses pendidikan dalam norma baharu.

“Hasrat kami melalui penglibatan dalam Program CERDIK ini ialah untuk menyediakan akses pendidikan berkualiti secara saksama kepada pelajar ke arah merapatkan jurang digital dalam pembelajaran,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata peranti yang disediakan melalui Program CERDIK itu akan menyokong keperluan pembelajaran pelajar selama tiga tahun akademik dan dilengkapi dengan sambungan data serta sokongan teknikal dan waranti.

“Secara keseluruhannya, Yayasan PETRONAS mengagihkan 12,000 peranti bernilai RM30 juta di seluruh negara di bawah Program CERDIK,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *