STAR Ucap Tahniah Atas Pelantikan Ismail Sabri Sebagai TPM

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU : Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) merakamkan penghargaaan tahniah kepada Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Presiden STAR Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, beliau turut berharap dengan pelantikan itu akan dapat mengukuhkan lagi kerjasama strategik antara kerajaan Sabah dan kerajaan pusat.

“Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memaklumkan kepada saya berhubung keputusan melantik Ismail ke jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Rekod beliau (Ismail) yang baik selain memegang portfolio penting dalam kerajaan akan membantu Perdana Menteri dalam menangani pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Jeffrey berkata, pelantikan Ismail itu juga akan dapat terus mengukuhkan kerajaan dan menstabilkan keadaan politik di negara ini.

Katanya, Perdana Menteri turut mengambil masa yang lama untuk memutuskan keputusan berhubung pelantikan berkenaan.

“Ini menunjukkan bahawa keputusan ini dipertimbangkan dengan baik dan tidak dilakukan secara tergesa-gesa,”katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *