HomeIsu tempatanMalim Gunung Kinabalu Sambut Baik PICK

Malim Gunung Kinabalu Sambut Baik PICK

Read Time:1 Minute, 53 Second

RANAU: Malim Gunung Kinabalu menyambut baik Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menurut Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu (PEMANGKINA), Danson Bulangai, pemberian suntikan vaksin Covid-19 amat dinantikan oleh ahli-ahli persatuan itu.

“Kami menghantar permohonan dengan sokongan Taman Kinabalu untuk mempercepatkan proses vaksin bagi seramai 289 orang malim Gunung Kinabalu.

“Daripada jumlah itu, beberapa ahli telah menerima suntikan vaksin melalui panggilan temujanji daripada pendaftaran aplikasi MySejahtera dan ada juga ahli yang berdaftar dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam. 

“Kami amat bersyukur kerana permohonan kami diterima dan hari ini lebih 200 orang malim gunung menerima suntikan vaksin Covid-19 ini,” katanya ketika ditemui media dalam Program Penyerahan Sumbangan kepada Malim Gunung dan Vaksinasi Petugas Gunung Kinabalu di sini, pada Khamis. 

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Daerah Ranau, Dr Fionna Vincent Bizini berkata, kerjasama yang diberikan amat memberangsangkan kerana senarai nama yang diberikan bagi permohonan itu semakin bertambah.

“Kita menerima senarai terkini daripada permohonan itu, dan dapat dilihat senarai nama yang diberikan meningkat menunjukkan sambutan bagi pemberian vaksin dalam kalangan malim gunung adalah amat baik. 

“Sekiranya masih ada yang tercicir dari menerima suntikan pada hari ini, kita berharap jumlah peruntukan dos vaksin dapat ditambah dalam memastikan mereka semua lengkap vaksin Covid-19 sebelum sektor pelancongan beroperasi semula. 

“Perkara ini penting kerana tugas mereka berhadapan dengan pelancong dari dalam dan luar negara yang mungkin tidak diketahui status kesihatan mereka,” jelas beliau. 

Pada program itu, PEMANGKINA turut menerima sumbangan RM30,000 daripada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar manakala Persatuan Porter Gunung Kinabalu menerima peruntukan RM20,000 daripada Taman-Taman Sabah. 

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang turut menyerahkan bantuan tunai RM300 secara sekali bayar kepada seramai 290 orang malim gunung.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Joachim Gunsalam, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakubah Khan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun./PENERANGAN

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular