HomeUtamaCOVID-19: Jangkitan dalam kalangan keluarga, rakan sekerja dan komuniti cetus dua kluster...

COVID-19: Jangkitan dalam kalangan keluarga, rakan sekerja dan komuniti cetus dua kluster di Sabah

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan ahli keluarga dan rakan sekerja dari pelbagai lokaliti berbeza di sekitar Mukim Lumadan mencetuskan Kluster Lumadan di Beaufort.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan dua kluster hari ini iaitu Kluster Lumadan, Beaufort dan Kluster Istimewa Dua, Sandakan.

Katanya, berdasarkan siasatan KKM, Kluster Lumadan tercetus kegagalan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan penjarakan fizikal semasa aktiviti permainan atas talian (online gaming) dalam kalangan belia dikenal pasti menjadi punca penularan.

Menurutnya, kes indeks adalah lelaki, 19, disahkan positif COVID-19 melalui ujian RTK-Ag 100% di Klinik Subha Beaufort pada 29 Jun 2021, selepas bergejala demam dan batuk sejak 24 Jun 2021.

“Hasil saringan kontak rapat, sembilan ahli keluarga dan jiran didapati positif.

“Bermula dari 29 Jun 2021 hingga 8 Julai 2021, terdapat 46 kes termasuk dua kes baharu hari ini daripada 110 saringan yang dijalankan. Kadar positif adalah sebanyak 41.81 %,”jelas Masidi.

Manakala Kluster kedua iaitu Kluster Istimewa Dua, Sandakan melibatkan jangkitan dalam komuniti di lokaliti Kg. Istimewa, Sandakan.

Kata Masidi, sebelum ini, Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan pernah melaporkan kejadian kluster di kampung yang sama pada 14 November 2020.

“Namun pada kali ini, kes indeks merupakan lelaki, 48, dikesan positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 25 Jun 2021 di Klinik Kesihatan Sandakan.

“Saringan yang dijalankan terhadap 261 kontak mendapati 27 orang disahkan positif termasuk dua kes baharu, sementara 229 orang didapati negatif dan lima orang lagi masih menunggu keputusan.

“Berikutan dengan kes itu, pengesanan kontak rapat dan siasatan lanjut masih giat dijalankan,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular