Empat lokaliti dikenakan PKPD di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Empat lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sabah iaitu Kampung Mangkubau Laut, Pitas, Ladang Sabah Mas Division Segama, Lahad Datu, Felda Umas 1, 3 & 4, Kalabakan dan Fasa 4B, Taman Bukit Sepanggar, Kota Kinabalu berkuat kuasa 10 Julai sehingga 23 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata dalam kenyataan media hari ini, 11 kes positif COVID-19 direkodkan di Kampung Mangkubau Laut, Pitas selepas 70 individu menjalani ujian saringan dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.

Manakala 14 kes positif COVID-19 direkodkan di Ladang Sabah Mas Division Segama, Lahad Datu selepas 20 individu menjalani ujian saringan.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di Felda Umas 1, 3 & 4, Kalabakan melakukan 29 ujian saringan dan 14 daripadanya dilaporkan positif COVID-19.

Turut dilaporkan di Fasa 4B, Taman Bukit Sepanggar, Kota Kinabalu, hasil pemantauan yang dilakukan oleh KKM mendapati berlaku peningkatan kes dan setakat ini sebanyak lapan (8) kes positif telah direkodkan di lokaliti tersebut.

Oleh itu, Pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan penduduk yang berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan.

Dalam pada itu, dua lokaliti ditamatkan PKPD pada Kampung Muhibbah, Menggatal, Kota Kinabalu dan Flat Indah Jaya, Sandakan pada 9 Julai 2021 (11.59 malam), seperti yang dijadualkan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

Penamatan PKPD di dua lokaliti tersebut bahawa KKM mendapati trend telah menurun, kluster terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *