COVID-19 : Saringan Kluster Tanjung Pitas Punca Kes Tinggi Di Pitas, Sabah Rekod Tiga Kes Kematian

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak tiga kes kematian disebabkan COVID-19 direkodkan hari ini di Sabah masing-masing satu kes di daerah Semporna; Lahad Datu dan Beaufort.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah hari ini turut merekodkan peningkatkan iaitu 279 kes berbanding 244 kes semalam.

“Dari jumlah itu, daerah Pitas mencatatkan angka kes yang tinggi iaitu sebanyak 128 kes yang berpunca daripada saringan Kluster Tanjung Pitas (126 kes); saringan bergejala (1 kes) dan saringan lain-lain kes (1 kes).

“Kluster Tanjung Pitas disyaki berpunca daripada aktiviti majlis pengebumian di sebuah kampung dan juga keberangkalian pergerakan antara Pulau Banggi dan Pitas yang menyumbang kepada jangkitan nmelibatkan ramai penduduk,”katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, Kota Kinabalu menjadi daerah kedua tertinggi apabila mencatat angka jumlah positif sebanyak 47 kes yang berpunca daripada saringan kluster sebanyak 28 kes membabitkan Kluster Tembok Kota Kinabalu (14 kes); Kluster Agora Borneo (4 kes); Kluster Jalan Kayu Madang (1 kes) dan Kluster Bahtera Barat (9 kes).

Katanya, selain saringan kluster di Kota Kinabalu, kes di daerah ini turut berpunca daripada saringan bersasar (7 kes); saringan kontak rapat (6 kes) dan saringan bergejala (6 kes).

Dalam pada itu, Masidi berkata, selain Pitas, beberapa daerah lain turut mencatat peningkatan kes iaitu Sandakan; Kinabatangan; Putatan; Tongod ; Penampang; Kota Marudu  dan Tuaran .

“Bagi daerah yang mencatatkan penurunan kes selain Kota Kinabalu adalah Kudat; Kota Belud; Lahad Datu; Tawau; Papar; Beaufort; Semporna; Kuala Penyu; Kalabakan; Kunak; Nabawan dan Keningau.

“Manakala bagi daerah mencatat sifar kes ialah Beluran; Telupid; Lahad Datu; Kunak; Ranau; Papar; Sipitang; Tenom; Nabawan; Keningau dan Tambunan,”katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *