PPN : Sabah Beralih Ke Fasa Kedua Berkuatkuasa Sabtu ini

Read Time:44 Second

KUALA LUMPUR : Sabah menjadi negeri ketujuh beralih ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa Sabtu ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini telah meneliti pembentangan peralihan fasa bagi negeri-negeri di bawah PPN oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

“Setelah semua agensi terlibat termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneliti nilai-nilai ambang atau threshold negeri ini, Sidang Khas MKN bersetuju untuk membuat peralihan fasa bagi negeri Sabah daripada fasa 1 ke fasa 2.

“Ia adalah berdasarkan pencapaian nilai ambang tiga indikator utama yang telah ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan disini petang ini.

Sebelum ini Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Pulau Pinang telah diumumkan beralih fasa ke Fasa Kedua PPN.

PPN ialah satu strategi negara untuk keluar daripada pandemik COVID-19.  Nilai ambang yang menjadi indikator peralihan ialah purata kes, pesakit di ICU dan peratusan vaksinasi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *