Hajiji Hargai Pendirian Ketua UMNO Sabah Konsisten Dengan Komitmen Bersama GRS

Read Time:52 Second

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor amat menghargai pendirian Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang konsisten dengan komitmen untuk terus bersama dalam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di negeri ini.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, pendirian Bung itu turut menzahirkan komitmen padu semua kepimpinan GRS untuk menjunjung mandat rakyat di Sabah yang telah memilih kerajaan baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

“Atas sebab itu, keutamaan kita adalah menjaga nasib dan masa depan rakyat serta negeri. Cabaran di hadapan kita adalah menangani isu kesihatan, keselamatan dan ekonomi susulan pandemik COVID-19.

“Justeru, sebagai Pengerusi GRS saya amat menghargai pendirian Ketua UMNO Sabah (Datuk Seri Bung Moktar Radin) yang terus bersama dalam kerajaan GRS di Sabah,” katanya.

Hajiji berkata perjuangan untuk bersama rakyat perlu diterjemahkan dengan komitmen semua pemimpin untuk fokus, bekerjasama dan bersatu padu untuk membawa Sabah keluar dari permasalahan ini.

Terdahulu, Bung sebelum ini berkata, kerajaan Sabah yang ditadbir GRS kekal berfungsi seperti biasa meskipun UMNO Pusat menarik sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.