HomeUtamaKerajaan Serius Pelihara Kebajikan Rakyat & Usaha Perangi COVID-19

Kerajaan Serius Pelihara Kebajikan Rakyat & Usaha Perangi COVID-19

Read Time:1 Minute, 35 Second

BELURAN: Kerajaan amat serius dalam soal memelihara kebajikan rakyat serta usaha memerangi pandemik COVID-19 meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dan agenda yang dirancang akan terus menjadi keutamaan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, segala usaha yang dirancang kerajaan kini berada dilandasan tepat dan yakin dengan kerjasama serta sokongan rakyat akan dapat melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19 sekaligus keluar dari pandemik ini.

“Tumpuan utama kerajaan untuk terus berusaha sedaya upaya mengeluarkan negara secara berfasa dari kemelut pandemik COVID-19 dan memulihkan semula ekonomi negara demi kelangsungan hidup rakyat.

“Selain berusaha mengurangkan bilangan kes harian COVID-19 melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerajaan juga terus memperkasa keupayaan sistem kesihatan awam negara supaya dapat beroperasi dengan berkesan serta meningkatkan kapasiti bagi mempercepat pemberian vaksin kepada rakyat melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penyerahan kit tanaman lada bara dan halia organik kepada belia Beluran sempena lawatan kerja di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beluran, hari ini.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Labuk, Samad Jambri, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sabah, Anita Misuari, Pegawai Daerah Beluran Nordin Daling dan Pengurus Besar PPK Beluran Sumarang Chunbung.

Ronald berkata, selaras dengan peningkatan kadar pemberian vaksin harian, orang ramai perlu terus mendaftar dan menghadirkan diri di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk menerima suntikan vaksin pada tarikh yang telah ditetapkan.

Pada majlis itu, Ronal menyampaikan kit tanaman cili bara dan halia organik kepada 660 belia dari 30 buah kampung sekitar daerah Beluran yang dilengkapkan dengan kursus asas dan bimbingan.

Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Sabah melalui PPK Beluran, Sabah dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Persekutuan Sabah (FAMA Negeri Sabah) untuk memberi pendedahan kepada kaedah pertanian mudah melalui tanaman cili dan halia sebagai punca pendapatan tambahan sekaligus menggalakkan lebih ramai golongan belia luar bandar untuk menceburi bidang pertanian.

RELATED ARTICLES
Utama

Raikan Krismas dalam suasana muhibah – Isquzawan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular