HomeUtamaPIKAS : Sabah Sasar 18,000 Pekerja Sektor Pembuatan Terima Vaksin

PIKAS : Sabah Sasar 18,000 Pekerja Sektor Pembuatan Terima Vaksin

Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Seramai 18,000 pekerja membabitkan 407 kilang pembuatan yang berdaftar dengan kerajaan negeri disasarkan untuk menerima vaksin menerusi inisiatif Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam Swasta (PIKAS) yang bermula hari ini di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, PIKAS yang dilaksanakan itu akan membabitkan pekerja sektor pembuatan di lima daerah iaitu Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Papar dan Tuaran.

“Menerusi PIKAS, kerajaan akan memberikan vaksin secara percuma manakala pihak swasta akan menguruskan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) termasuk penglibatan perkhidmatan perubatan swasta.

“Semua kos pengurusan PPV akan ditanggung oleh pihak swasta untuk menjimatkan peruntukan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat operasi PPV PIKAS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) disini pagi tadi.

Hajiji berkata, sebanyak dua jenis PPV di bawah PIKAS iaitu PPV penggunaan umum yang melibatkan pusat konvensyen dan pameran termasuk hotel manakala PPV di tapak (On-Site) pula adalah PPV di premis kilang.

Katanya, majikan perlu menanggung sepenuhnya kos bagi vaksinasi pekerja dan mereka tidak dibenarkan untuk memindahkan kos vaksinasi dengan memotong gaji pekerja, walaupun pekerja terbabit tidak lagi bersama syarikat itu selepas mendapat dos pertama.

“Ketika PIKAS dilaksanakan, kerajaan komitéd memastikan vaksinasi bagi golongan yang paling rentan dan yang telah mendaftar di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), kekal menjadi keutamaan,” katanya.

“Syarikat yang berminat untuk menyertai PIKAS boleh mendapatkan maklumat lanjut dan mendaftar secara dalam talian melalui www.miti.gov.my,” katanya.

PIKAS yang dilancarkan atas inisiatif Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu adalah bagi mempercepatkan proses vaksinasi negara dengan tujuan memvaksinasi sekurang-kurangnya dua juta pekerja dalam sektor pembuatan menjelang suku ketiga tahun ini.

Dilancarkan sebagai Fasa keempat PICK, PIKAS diperkenalkan berikutan cadangan daripada pihak industri, dewan perdagangan serta perusahaan kecil dan sederhana yang ingin mempercepatkan proses vaksinasi pekerja mereka.

Hajiji turut memuji usaha MITI Sabah yang mempercepatkan proses PIKAS ke negeri ini dan yakin imuniti kelompok dalam sektor pembuatan dapat dicapai sekali gus mempercepatkan pemulihan ekonomi negeri serta negara.

RELATED ARTICLES
Utama

UMS utamakan kebajikan pelajar, sedia bantu Crisnanalina daftar pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular