HomeUtamaPolis Buru Wanita Lolos Pagar Kawat Duri, Lari Dari PKPD

Polis Buru Wanita Lolos Pagar Kawat Duri, Lari Dari PKPD

Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Satu klip video memaparkan seorang wanita meloloskan diri menerusi kawat duri dipercayai di Bandaran Berjaya, tular di media sosial, hari ini.

Kawasan berkenaan adalah antara lokasi yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula semalam hingga 25 Julai ini.

Video daripada aplikasi TikTok berdurasi 31 saat yang dirakam 8.30 malam tadi menunjukkan wanita berbaju putih dan berseluar jeans itu meniarap untuk meloloskan diri dari kawat duri yang dipasang sebelum berlari ke arah bangunan berhampiran.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian itu selepas rakaman berkenaan tular di media sosial.

Katanya, pihak polis sedang mengesan wanita terbabit dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

“Kita nasihatkan kepada orang ramai yang berada di kawasan PKPD supaya terus mematuhi undang-undang ditetapkan.

“Ia bukan saja membahayakan diri masing-masing tetapi juga boleh dikenakan tindakan tegas kerana melakukan kesalahan melanggar perintah PKPD,” katanya. FMT

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular