Hajiji Terima Kunjungan Pengurusan SAFA

Read Time:31 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Rombongan SAFA diketuai oleh Presidennya, Dato’ Sri Bung Mokthar Radin yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Sabah.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden, Dato’ Abdul Rahman Mohd Zakaria, Naib Presiden II, Dato Jalani Hamdan, Setiausaha Agung, Benedict Asmat, Bendahari, Jasnih Daya dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelab Bola Sepak Sabah (SFC), Firdaus Akhbar Khan.

Bung telah memberi taklimat mengenai perjalanan SAFA dibawah pimpinannya dan perancangan masa depan bagi memajukan sukan bola sepak di Sabah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.