HomeUtamaHajiji Luangkan Masa Berinteraksi Bersama Pelajar Cemerlang STPM 2020

Hajiji Luangkan Masa Berinteraksi Bersama Pelajar Cemerlang STPM 2020

Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berpeluang berinteraksi bersama pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2020, yang diadakan secara maya di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), di sini hari ini.

Ketua Menteri turut merakamkan tahniah dan berbangga atas pencapaian cemerlang pelajar-pelajar berkenaan serta berharap mereka akan meneruskan pelajaran hingga ke tahap lebih tinggi sekali gus menyumbang kepada bangsa, agama dan negara.

Pada majlis itu, Hajiji turut menjawab soalan yang dikemukakan beberapa pelajar antaranya berkaitan hasrat dan impian Ketua Menteri untuk melihat pembangunan dalam modal insan di negeri ini, bantuan biasiswa, usaha menambah institut pengajian tinggi (IPT) di Sabah dan situasi semasa pandemik COVID-19 serta proses vaksinasi di negeri ini.

Kerajaan negeri yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS), katanya akan terus memberi keutamaan kepada pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat kerana mereka adalah tenaga yang penting untuk membangunkan negeri ini.

“Kemajuan dan pembangunan negeri pada masa akan datang bergantung kepada rakyatnya yang ada pelajaran, ilmu dan kepakaran serta kemahiran dalam pelbagai bidang terutama untuk bersaing dalam dunia tanpa sempadan ini.

“Justeru, kita memerlukan modal insan yang ada kepakaran dan kemahiran tinggi bagi memacu pembangunan serta kemajuan negeri ini. Anda semua (pelajar) adalah peneraju kepimpinan negara pada masa hadapan,” katanya.

Majlis Ramah Mesra Ketua Menteri bersama Pelajar Cemerlang STPM 2020 itu adalah anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Pada tahun 2020, seramai 7,409 calon STPM di Sabah dengan 72 calon berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00, manakala seramai 7,330 calon mendapat lulus penuh atau 98.93 peratus.

Sementara itu, antara bantuan untuk membantu pelajar di negeri ini ialah Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI), iaitu pemberian tunai RM2,000 secara one-off kepada pelajar daripada golongan B40 dan bakal melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Selain itu, Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) sebanyak RM200 secara ‘one-off ’ kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), STPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

RELATED ARTICLES
Utama

Kehadiran Fahmi Reza di Kota Kinabalu: Provokasi atau Kebebasan Bersuara, soal...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular