Julita Harap Lebih Banyak Vaksin Dihantar ke Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 6 Second

KUDAT: Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Julita Majungki mengalu-alukan pengumuman Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengenai penghantaran 2.2 juta dos vaksin ke negeri ini pada bulan ini dan Ogos untuk mempercepatkan proses pemberian vaksin dan mencapai imuniti kelompok di negeri ini pada hujung tahun.

“Saya yakin dengan agihan baru kepada semua kawasan, kita boleh menambah bilangan penerima vaksin.

“Dengan ini, sasaran untuk membentuk imuniti kelompok akan dapat dicapai dengan lebih cepat malah kita juga berharap pembukaan sektor ekonomi yang masih belum dibenarkan seperti tamu mingguan dapat dilakukan dalam tempoh yang terdekat,” kata Julita yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong.

Setakat ini sebanyak 1,060 dos pertama dan 1,052 dos kedua suntikan vaksin COVID-19 telah diberikan kepada penduduk di daerah kecil Matunggong dekat sini.

“Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Matunggong kini masih dalam proses untuk memberi vaksin kepada penduduk yang berusia 60 tahun dan ke atas.

“Kita berharap usaha dan gerakan ini boleh selesai dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya semasa lawatannya ke PPV Matunggong hari ini.

Dalam pada itu, Julita juga telah berkunjung ke PPV Matunggong untuk melihat pelaksanaan program vaksinasi pada hujung minggu.

Walau bagaimanapun, beliau berharap agar penduduk terutamanya di daerah kecil ini akan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk kebaikan diri sendiri, keluarga dan komuniti.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *