HomeUtamaPemandu e-Hailing Di Sabah Catat Pendaftaran Tinggi Penerima Vaksin Bagi Pengendali Pengangkutan...

Pemandu e-Hailing Di Sabah Catat Pendaftaran Tinggi Penerima Vaksin Bagi Pengendali Pengangkutan Awam

Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU : Hanya 7,846 pengendali pengangkutan awam di Sabah yang mendaftar sebagai penerima suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah Datuk Chin Kim Hiung berkata, jumlah itu dilihat masih rendah berbanding jumlah keseluruhan pengendali pengangkutan awam yang berdaftar dengan LPKP Sabah iaitu sebanyak 17,607 orang.

“Daripada jumlah keseluruhan yang telah mendaftar untuk suntikan vaksin, hanya pengendali e-hailing yang telah menghantar senarai penuh iaitu sebanyak 7766 orang, manakala bagi pemandu bas, hanya 31 daripada 4693 pengendali dan bagi pemandu teksi hanya 49 daripada 5148 orang telah mendaftar.

“Sehubungan itu, saya menyeru kepada pemandu teksi dan bas agar mendaftar menerusi Facebook Lembaga Pelesenan Kenderaan Sabah seperti yang diumumkan sebelum ini kerana senarai nama ini akan dihantar kepada Kementerian Pengangkutan untuk dimajukan kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Pengarah LPKP Sabah yang baharu dilantik, Norsiah Patah baru-baru ini.

Mengenai perlantikan Norsiah, Chin berkata beliau berterima kasih kepada kerajaan kerana melantik pengarah yang berpengalaman untuk menerajui LPKP Sabah sambil turut memberi penghargaan kepada pengarah sebelum ini.

“Hasil pertemuan saya dengan Pengarah LPKP Sabah yang baharu menunjukkan beliau seorang yang sangat pro-aktif serta berpandangan jauh berdasarkan kepada pengalaman beliau menjawat pelbagai jawatan utama selama 18 tahun di Kementerian Pelancongan (MOTAC) di peringkat persekutuan,” tambah beliau.

Sementara itu, Chin turut menyambut baik pengumuman kerajaan untuk melanjutkan had usia penggunaan kenderaan perkhidmatan awam secara automatik selama setahun menerusi seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan baru-baru ini.

“Langkah ini menunjukkan kerajaan amat prihatin dengan kesukaran yang dihadapi oleh pengendali pengangkutan awam dan berusaha sedaya mungkin untuk memulihkan sektor ini yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya