HomeIsu tempatanPPM Lahad Datu Tahan 2 Lelaki Miliki Dadah

PPM Lahad Datu Tahan 2 Lelaki Miliki Dadah

Read Time:1 Minute, 8 Second

LAHAD DATU :  Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu berjaya menahan dua orang lelaki dalam satu operasi di kawasan perairan Laut Pelabuhan, Lahad Datu semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu, Superintenden Gan Ping Sin berkata, lebih kurang jam 8 malam tadi, pihaknya telah berjaya menahan dan memeriksa sebuah pump bot yang dinaiki oleh dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai satu paket kecil lutsinar berisi hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu dan dua gulung aluminium foil yang disembunyikan didalam pumpbot tersebut.

“Kedua-dua lelaki tersebut juga didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah semasa diperiksa polis,” katanya dalam kenyataan disini pagi ini.

Gan berkata, kedua-dua lelaki tersebut di tahan dan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa menggalakkan semua masyarakat pesisir pantai untuk memberikan kerjasama menyalurkan maklumat sekiranya mendapati kegiatan jenayah di sekitar mereka.

“Kerjasama ini bagi memastikan keselamatan di perairan negara khususnya perairan Sabah dapat dijaga dan boleh terus menyalurkan sebarang aduan tersebut melalui aplikasi Whatsapp PPM Wilayah 4 Sabah di talian 013-2831197 atau berhubung terus ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu di talian 013-9808084,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tun Juhar hadir sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat 5 Divisyen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya