HomeUtamaHajiji Terima Kunjungan Hormat Pengarah JKNS Baharu

Hajiji Terima Kunjungan Hormat Pengarah JKNS Baharu

Read Time:33 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) yang baharu Dr Rose Nani Mudin di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) disini hari ini.

Rose Nani merupakan anak jati Sabah yang berasal dari Papar akan memulakan tugas sebagai Pengarah JKNS berkuatkuasa pada 13 Julai bagi menggantikan Datuk Dr Christina Rundi.

Beliau yang juga merupakan seorang pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam yang berpengalaman luas di dalam bidang kesihatan awam dan klinikal.

Selain itu, Rose Nani juga mempunyai kepakaran di dalam bidang epidemiologi dan penyakit bawaan vektor selain pernah bertugas sebagai Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

RELATED ARTICLES
Utama

Jangan terikut-ikut provokasi pihak pertikai perlantikan Tun Musa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular