COVID-19 : Saringan Kontak Rapat Penyumbang Utama Kes, Catat 4 Kematian Di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Empat kes kematian disebabkan COVID-19 dicatatkan di Sabah hari ini membabitkan masing-masing satu kes di Tawau; Sandakan; Lahad Datu dan Kota Kinabalu selain turut merekodkan kes positif baharu sebanyak 286 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kes baharu yang direkodkan hari ini, sebanyak 134 kes atau 46.85 peratus diperolehi daripada saringan kontak rapat.

“Selain itu, bilangan kes positif hari ini turut diperolehi daripada saringan kluster sebanyak 44 kes dan saringan bergejala sebanyak 40 kes.

“Manakala saringan bersasar turut merekodkan jumlah sebanyak 46 kes dan saringan lain-lain kes sebanyak 22 kes,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, terdapat beberapa daerah yang mengalami peningkatan ketara iaitu pada julat dua angka seperti Papar; Sandakan; Sipitang dan Keningau.

Katanya, turut menyumbang kepada catatan kes positif COVID-19 di Sabah ialah beberapa daerah yang merekodkan kes positif tinggi seperti Kota Kinabalu sebanyak 52 kes; Beaufort (34 kes) dan Tawau (32 kes) yang berpunca daripada pelbagai saringan.

“Sehingga kini, hanya dua daerah berada dalam zon hijau iaitu Tenom dan Telupid manakala sebanyak 15 daerah dikategorikan dalam zon merah; lima daerah zon jingga dan lima lagi berada dalam zon kuning.

“Dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak kerajaan,” katanya.

ZON MERAH

  1. KOTA KINABALU
  2. BEAUFORT
  3. TAWAU
  4. SANDAKAN
  5. PAPAR
  6. KUDAT
  7. TUARAN
  8. PENAMPANG
  9. KENINGAU
  10. LAHAD DATU
  11. KOTA MARUDU
  12. KOTA BELUD
  13. PUTATAN
  14. PITAS
  15. SEMPORNA

ZON JINGGA

  1. SIPITANG
  2. KINABATANGAN
  3. KUALA PENYU
  4. TONGOD
  5. KUNAK

ZON KUNING

  1. RANAU
  2. BELURAN
  3. KALABAKAN
  4. NABAWAN
  5. TAMBUNAN

ZON HIJAU

  1. TENOM
  2. TELUPID

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *