HomeUtamaTutor Mengajar Dirumah Keluarga Cetus Kluster Baharu Di Sabah

Tutor Mengajar Dirumah Keluarga Cetus Kluster Baharu Di Sabah

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini merekodkan satu kluster baharu iaitu Kluster Kg Melamam, Sipitang.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Kg Melamam, Sipitang adalah penularan jangkitan dalam komuniti.

Katanya, kluster ini mula dikesan melalui saringan bergejala terhadap tujuh sekeluarga di Klinik Sindumin pada 09 Julai 2021, selepas tiga hari mengalami demam, sakit kepala dan sakit sendi.

“Hasil siasatan mendapati kes indeks merupakan tutor wanita, 17, mengajar di rumah keluarga terbabit dan bergejala serupa sejak 26 Jun 2021 tetapi tidak mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan.

“Susulan pengesanan dan saringan kontak yang dijalankan, terdapat pertambahan kes yang melibatkan kaitan epidemiologi yang sama iaitu sejarah menghadiri majlis agama di Kg Melamam,” ujar Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

Setakat hari ini, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 bagi kluster ini ialah 37 kes termasuk 14 kes baharu.

Sementara itu, beberapa lokaliti dikenakan Perintah Kawalan pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari bermula 16 Julai hingga 29 Julai 2021 iaitu melibatkan Kampung Melamam, Sipitang, Kampung Lubak, Beaufort, Blok 2, Blok 6 & Blok 9, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra, Sandakan dan Blok Angsana & Blok Sumboi-Sumboi, Kampung Seberang Benoni, Papar.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya