HomeUtamaPenduduk Di 8 Lokaliti PKPD Di Penampang & Putatan Digesa Patuh SOP...

Penduduk Di 8 Lokaliti PKPD Di Penampang & Putatan Digesa Patuh SOP Ditetapkan

Read Time:1 Minute, 34 Second

PENAMPANG : Polis menggesa penduduk yang berada di lapan lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penampang dan Putatan supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, ini berikutan wujud insiden melarikan diri dari kawasan PKPD seperti yang berlaku di lokaliti lain.

“Polis akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan penduduk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan pada hari ini saya bersama pegawai dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Penampang membuat tinjauan di beberapa lokasi yang sedang dikuatkuasakan PKPD termasuk di Apartment Beverly Hills Fasa 2.

“Pemantauan ini tertumpu kepada melihat pergerakan penduduk supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui selepas memantau lokaliti PKPD di Apartment Beverly Hills, disini hari ini.

Hadir sama, Ketua Bahagian Logistik IPD Penampang, Inspektor Tuanku Shariff Wan Ahmad dan Pegawai Bahagian Pelesenan, Inspektor Arisanti Aziz.

Mohd Haris berkata, pihaknya bimbang akan berlaku cubaan bolos keluar dari kawasan dikawal seperti di sesetengah tempat yang tular di media sosial.

Katanya, jumlah keseluruhan kawasan yang dikuatkuasakan PKPD bagi Penampang dan Putatan setakat ini adalah sebanyak lapan lokaliti dengan dipantau seramai 50 keanggotaan yang bertugas 24 jam dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“IPD Penampang sudah mendirikan sebanyak 12 pos mengikut kesesuaian bagi mengawal dan mengetatkan pergerakan penduduk di kawasan terbabit.

“Polis telah bertindak menutup beberapa laluan tikus dengan menggunakan kawat duri di beberapa lokaliti PKPD terutamanya di kawasan perkampungan,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Haris menasihatkan supaya penduduk di kawasan PKPD di daerah ini bersabar dan tidak mengambil tindakan menyalahi undang-undang.

Katanya, bagi pergerakan perkhidmatan penghataran makanan pula, mereka perlu melakukan imbasan QR Code dan catatan suhu apabila memasuki kawasan PKPD.

Empat lokaliti di Penampang yang diisytiharkan PKPD ialah Kampung Kobusak, Baverly Hills Fasa 2, Kampung Madsiang dan Kampung Babagon.

Manakala di daerah Putatan pula membabitkan Kampung Muhibbah, Kampung Tebongon, Kampung Dumpil Keramat dan Kampung Lembising.

RELATED ARTICLES
Utama

Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya