PKPD : Markas Divisyen Kelima Infrantri Malaysia (5DIV) Laksana Penugasan Memasang Kawat Duri

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 6 Second

BEAUFORT : Rejimen 507 Askar Wataniah dan Rejimen Askar Melayu Diraja telah melaksanakan penugasan memasang Kawat Berduri (Concertina Wire) di lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Taman Muhibbah Fasa 1,2 dan disini hari ini.

Penugasan itu melibatkan seramai satu pegawai dan 16 orang anggota lain-lain pangkat yang diketuai Kapten Mohd Nizam Awang Maslien.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Markas Divisyen Kelima Infrantri Malaysia (5DIV), penugasan ini adalah selaras dengan pengumuman PKPD di lokasi penempatan tersebut bermula hari ini sehingga 27 Julai depan berikutan berlakunya pertambahan kes jangkitan dan penyebaran COVID – 19.

Katanya, kerjasama semua masyarakat sekitar kawasan Taman Muhibbah Fasa 1,2 dan 3 untuk tidak keluar masuk dari kawasan PKPD bagi mengelakkan wabak ini menular ke kawasan lain.

“Pihak Angkatan Tentera Malaysia akan terus membantu pihak berkuasa tempatan untuk mengelakkan penularan wabak ini dari semasa ke semasa,” katanya.

Isnin lalu, kerajaan mengumumkan beberapa lokaliti di  beberapa kawasan di Sabah dikenakan PKPD.

Selain Taman Muhibbah Fasa 1,2 dan 3, Beaufort turut dikenakan PKPD adalah sekitar Kampung Patikang Ulu, Keningau, Sabah; Kampung Patikang Ulu, Kilang dan Kuarters Focus Lumber, Kilang & Kuarters Veracity, Kilang dan Kuarters Hasil Jadi, Pusat Memandu IDA dan penempatan warga Indonesia.

Manakal dua lokaliti di Penampang, Sabah turut dikenakan PKPD iaitu Kampung Madsiang, Apartment Beverly Hills Fasa 2 Kampung Kobusak, Penampang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *