HomeUtamaCOVID-19: Pemandu Teksi Sapu Cetus Kluster Komuniti Di Sabah, 44 Kes Sehingga...

COVID-19: Pemandu Teksi Sapu Cetus Kluster Komuniti Di Sabah, 44 Kes Sehingga Kini

Read Time:58 Second

KOTA KINABALU : Satu lagi kluster baharu COVID-19 direkodkan di Sabah hari ini melibatkan penularan jangkitan dalam komuniti iaitu Kluster Kota Klias.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, penularan jangkitan itu majoritinya adalah melibatkan keluarga dan pelanggan teksi sapu di beberapa lokaliti sekitar Mukim Kota Klias.

“Kluster ini dikesan apabila kes indeks seorang lelaki berusia 69 tahun iaitu pengusaha teksi sapu disahkan positif ujian RTK-Ag (grading 100 peratus) di Hospital Beaufort pada 3 Julai lalu dalam saringan kemasukan wad.

“Kes juga mengalami gejala demam dan batuk sejak 01 Julai lalu,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Katanya, daripada 71 kontak yang disaring, kluster ini merekodkan kadar positif sebanyak 60.5 % dengan jumlah kumulatif 44 kes termasuk empat baharu pada hari ini.

Dalam perkembangan lain, Masidi berkata, sebanyak tiga lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Sabtu ini.

Katanya, antara lokaliti yang dikenakan PKPD adalah di Kampung Perpaduan Gumpa Kudat; Perumahan Sabah Forest Industry (SFI) Sipitang dan Penjara Tawau termasuk Kuarters Penjara Taman Ehsan Tawau.

“Manakala lokaliti Taman Jaya Diri Kota Kinabalu yang sebelum ini dikenakan PKPD turut dilanjutkan sehingga 30 Julai depan,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular