HomeIsu tempatan500 Bakul Makanan Diagihkan Kepada Golongan Memerlukan Di DUN Membakut

500 Bakul Makanan Diagihkan Kepada Golongan Memerlukan Di DUN Membakut

Read Time:54 Second

MEMBAKUT: Sebanyak 500 bakul makanan akan diagihkan kepada golongan memerlukan yang dikenalpasti khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut.

Sumbangan bakul makanan itu disumbangkan oleh keluarga ahli perniagaan Datuk Teo Cheng Ping @ Ahkong yang diadakan dalam satu majlis ringkas di Pekan Membakut Jaya kelmarin.

Penyerahan sumbangan itu disaksikan Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut.

Katanya, pendekatan yang dilaksanakan oleh ahli perniagaan itu amat dipuji khususnya ketika penduduk setempat yang kurang berkemampuan berdepan dengan situasi pandemik COVID-19 ketika ini.

“Saya berharap sumbangan seumpama ini akan dapat membantu meringankan beban penduduk yang ketika ini terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Selain itu, saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak khususnya organisasi bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta termasuk ahli-ahli perniagaan atas sumbangan mereka kepada masyarakat di negeri ini,” katanya ketika dihubungi Sabah Media disini hari ini.

Katanya. kerajaan negeri turut merakamkan penghargaan atas komitmen dan sumbangan rakyat kepada masyarakat diperingkat akar umbi yang terjejas akibat COVID-19.

Antara barangan yang disumbangkan ialah beras, telur dan lain-lain barang keperluan harian.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular