HomeIsu tempatanOrang Ramai Diminta Tampil Jayakan Kempen Derma Darah Bersepadu Esok

Orang Ramai Diminta Tampil Jayakan Kempen Derma Darah Bersepadu Esok

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU :  Orang ramai dijemput menjayakan kempen derma darah bersepadu anjuran bersama 14 badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta pada 17 hingga 18 Julai ini. 

Presiden Persatuan Talasemia Sabah, Francis Mujim berkata, kempen itu diadakan sebagai usaha memastikan bekalan darah mencukupi bagi golongan yang memerlukan transfusi darah sebagai kelangsungan hidup. 

“Krisis kekurangan bekalan darah semakin ketara dan menjejaskan kehidupan individu-individu yang memerlukan bekalan darah seperti pesakit talasemia dan juga pesakit-pesakit kanser. 

“Walaubagaimanapun, usaha keras pihak Tabung Darah dalam memastikan bekalan darah mencukupi menjadi suatu kebanggaan kerana mereka tidak pernah berputus asa membantu pesakit meski berhadapan dengan cabaran dan kekangan dalam mendapatkan bekalan darah.

“Pandemik Covid-19 memberi kesedaran bahawa pihak Tabung Darah serta masyarakat yang prihatin sebenarnya menjadi sinar kehidupan bagi pesakit-pesakit yang memerlukan darah.

“Oleh itu, kita mengharapkan kehadiran orang ramai dalam memenuhi sasaran 200 pain darah pada program itu nanti,” katanya ketika dihubungi media, pada Jumaat. 

Tambah Francis, pihak penganjur berharap orang ramai dapat membantu dalam mencapai sasaran itu agar bekalan darah mencukupi bagi menampung keperluan pesakit-pesakit yang menjalani rawatan di hospital.

“Budaya menderma darah bukan sahaja suatu amalan misi kemanusiaan yang mulia, malah mampu menyelamatkan nyawa dan memberikan harapan akan hari esok,” ujarnya. 

Program derma darah selama dua hari dari 11.00 pagi hingga 5.00 petang itu akan diadakan di Ground Floor Center Point, Kota Kinabalu./PENERANGAN

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perkukuh pengurusan bencana bersama pihak berkuasa tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular