HomeUtamaPesara dipenjara empat tahun amang seksual kanak-kanak

Pesara dipenjara empat tahun amang seksual kanak-kanak

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Seorang pesara berusia 69 tahun dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap Jamran Abdul Majit selepas perbicaraan penuh.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraannya dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas dibebaskan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Jamran didapati bersalah melakukan kesalahan itu terhadap kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di dalam sebuah kedai runcit di Manggatal kira-kira jam 3 petang pada 18 Julai 2024.

Dia disabitkan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil enam saksi, manakala pihak pembelaan mengemukakan dua saksi.

Semasa rayuan, tertuduh yang diwakili peguam Mohamad Syazwan Shah Mohamad Ali dan Nigel Neong Kaning memohon hukuman hukuman ringan dikenakan terhadap anak guam mereka.

Peguam antara lain menyatakan tertuduh mempunyai masalah Kesihatan selain memaklumkan notis rayuan akan difailkan secepat mungkin.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir memohon hukuman berat dan berbentuk pencegahan dengan mengambil kira keseriusan kesalahan serta usia mangsa yang masih kanak-kanak.

Beliau berhujah bahawa perbuatan tertuduh merupakan pencabulan serius terhadap tubuh badan mangsa, selain berpotensi mendatangkan kesan psikologi dan emosi yang berpanjangan.

RELATED ARTICLES
Utama

Padah komen berunsur hasutan di Facebook, lelaki dipenjara tiga bulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular