HomeUtamaCacing-cacing kepanasan UMNO, semua hilang akal' kata Tony Pua Dalam Hantaran FB

Cacing-cacing kepanasan UMNO, semua hilang akal’ kata Tony Pua Dalam Hantaran FB

Read Time:1 Minute, 21 Second

‘
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua menegaskan beliau hanya merujuk dan membentangkan fakta berdasarkan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan yang telah dinyahklasifikasikan, bukannya pihak yang bertanggungjawab mendedahkan dokumen berkenaan.

Beliau berkata, tindakan mengklasifikasikan atau menyahklasifikasikan minit mesyuarat itu serta sebarang keputusan yang dibuat dalam Lembaga Pengampunan bukan di bawah bidang kuasanya.

Menurutnya, beliau hanya menyampaikan perkara yang terkandung dalam dokumen berkenaan selepas status klasifikasinya ditukar.

“Yang nyahklasifikasikan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan, bukan saya.

“Yang membuat sebarang keputusan dalam Lembaga, bukan saya.

“Yang saya buat? Hanya rujuk kepada minit mesyuarat yang telah sah dinyahklasifikasikan, dan membentangkan fakta-fakta yang ternyata dalam minit tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Dalam hantaran sama, Pua turut menyindir pemimpin UMNO yang didakwa terlalu emosional apabila isu berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibangkitkan.

Beliau mendakwa kritikan terhadapnya lebih tertumpu kepada tuduhan bahawa dirinya biadab serta menyalahkan DAP, berbanding membincangkan fakta yang dibangkitkan menerusi dokumen berkenaan.

“Ni cacing-cacing kepanasan UMNO, I tak berapa faham. Bila sentuh saja kes pasal Penjenayah/Penyamun Malaysia #1, Najib Razak yang amat mereka sayangi, semua habis hilang akal,” katanya.

Pua turut menggunakan ungkapan bahasa Inggeris, don’t shoot the messenger (jangan salahkan penyampai berita), bagi menggambarkan pendiriannya bahawa beliau tidak sepatutnya dipersalahkan atas pendedahan dokumen tersebut.

Beliau juga menyifatkan respons pemimpin UMNO yang mengaitkan isu berkenaan dengan DAP sebagai membosankan.

“Pemimpin UMNO ni, macam semua otak tak berapa center, hanya fasih ‘Tony Pua biadap’, atau ‘semua salah DAP’. Boring,” katanya.

Isu penularan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan itu mencetuskan polemik politik selepas beberapa halaman dokumen yang didakwa berkaitan prosiding pengampunan Najib tersebar di media sosial.

RELATED ARTICLES
Utama

Pesara dipenjara empat tahun amang seksual kanak-kanak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular