HomeIsu tempatanPenduduk Beaufort,Kuala Penyu & Berhampiran Diminta Simpan Bekalan Air Secukupnya

Penduduk Beaufort,Kuala Penyu & Berhampiran Diminta Simpan Bekalan Air Secukupnya

Read Time:44 Second

BEAUFORT : Penduduk di sekitar daerah ini, Kuala Penyu dan yang berhampiran diminta untuk menyimpan bekalan air secukupnya berikutan muka sauk (intake) di beberapa Loji Rawatan Air (LRA) berada dalam kritikal.

Menerusi hantaran di laman Facebook Pejabat Datuk Azizah Dun menyatakan ia disebabkan paras air sungai yang semakin tinggi ekoran kejadian banjir yang berlaku kelmarin.

Sumber yang dinyatakan Jurutera Air Daerah Beaufort itu berkata, keadaan itu menyebabkan daerah ini dan kawasan berhampiran mengalami masalah bekalan air yang sangat serius.

Ia berkemungkinan besar panel elektrik dan juga pump yang baru selesai dan sedang diselenggara akan mengalami kerosakan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin menerusi hantaran di Facebooknya menyatakan muka sauk tenggelam akibat banjir dan tidak boleh membekal air bersih.

Katanya, kejadian seumpama itu amat membimbangkan dan sudah tentu akan memberi impak yang tidak baik kepada penduduk Beaufort.

“Saya sedang mencari jalan penyelesaian yang baik,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular