HomeUtamaPenubuhan Majlis Profesional Sabah, Aspirasi Pelan Pembangunan Kerajaan - Hajiji

Penubuhan Majlis Profesional Sabah, Aspirasi Pelan Pembangunan Kerajaan – Hajiji

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Cadangan penubuhan Majlis Profesional Sabah (SPC) adalah tindakan yang dialu-alukan untuk mewujudkan penyelarasan antara profesional dan kerajaan negeri dalam membangunkan strategi sejajar dengan aspirasi pelan pembangunan kerajaan iaitu Halatuju Sabah Maju Jaya.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, berkata semua sektor pembangunan memerlukan sumbangan dan kepakaran profesional dalam pelbagai bidang serta majlis yang dicadangkan itu relevan dalam mewujudkan sinergi idea dan usaha untuk memacu pembangunan Sabah.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan dengan jawatankuasa ad-hoc SPC yang diketuai Pengerusinya, Ar Rizal Ahmad Banjar di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini pada Khamis.

Dalam pertemuan itu, Rizal turut memberi penerangan kepada Hajiji mengenai cadangan SPC dan menyerahkan memorandum kepada ketua menteri yang antara lain meminta agar golongan profesional di Sabah terlibat dalam hal inisiatif kerajaan untuk menghidupkan kembali pembangunan ekonomi dan sosial negeri.

Rizal berkata menerusi SPC, golongan profesional ingin melibatkan diri dan membantu kerajaan serta agensi berkaitan dalam penyusunan dasar dan garis panduan.

Pada masa ini, Sabah mempunyai kira-kira 5,000 golongan profesional yang berdaftar dalam pelbagai bidang termasuk arkitek, jurutera, juru ukur, peguam, akauntan dan doktor.

Turut hadir, ahli Majlis Penasihat Negeri Sabah (SEAC) yang diketuai Pengerusinya, Tan Sri David Chu.

RELATED ARTICLES
Utama

Lima ahli kebuniti tempatan terima Set Teknologi Greenkit MARDI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular