HomeIsu tempatanTiga Kampung Terima Bot & Enjin Sangkut Persediaan Hadapi Banjir

Tiga Kampung Terima Bot & Enjin Sangkut Persediaan Hadapi Banjir

Read Time:56 Second

BEAUFORT : Tiga buah kampung di daerah ini menerima sumbangan berupa sebuah bot dan enjin sangkut sebagai persediaan menghadapi situasi kecemasan khususnya bencana banjir.

Sumbangan atas inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias Datuk Isnin Aliasnih itu adalah selepas mendengar keluhan penduduk selain melihat kesukaran untuk keluar ke pusat pemindahan apabila dilanda banjir.

Antara kampung yang menerima sumbangan itu Kampung Bakalau; Kampung Batu 60 dan Kampung Batu 65.

Isnin yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, tiga kampung ini antara yang sering dilanda banjir teruk kerana ia berhampiran dengan Sungai Padas.

“Saya memahami situasi mangsa-mangsa banjir dan bersimpati dengan penduduk terlibat dimana ada yang terperangkap di rumah masing-masing kerana tiada bot untuk ke pusat pemindahan.

“Justeru itu, saya mengambil maklum dengan permintaan penduduk kampung yang terlibat.  Diharap ia akan dapat digunakan sebaiknya khususnya dalam proses pemindahan mangsa ketika banjir,” katanya.

Katanya, dengan adanya bot-bot itu juga akan dapat membantu pihak keselamatan untuk menjalankan proses pemindahan dengan segera.

Penyerahan sumbangan itu disampaikan sendiri Isnin kepada wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Ketua Kampung yang terlibat baru-baru ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KKFVA, STB capai persetujuan jalin kerjasama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular