HomeUtamaTindakan tegas KPDNHEP, peniaga naik harga minyak masak paket lebih dari RM2.50...

Tindakan tegas KPDNHEP, peniaga naik harga minyak masak paket lebih dari RM2.50 sekilogram

Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merujuk kepada minyak masak khasnya di dalam polibeg saiz 1 kilogram, pemantauan yang dijalankan oleh pegawai-pegawai penguat kuasa KPDNHEP Sabah mendapati bekalan minyak masak di dalam botol sentiasa mencukupi.

Pengarah KPDNHEP Sabah Georgie Abas berkata, terdapat permintaan yang meningkat ke atas minyak masak bersubsidi di dalam polibeg saiz 1 kilogram berikutan peningkatan mendadak harga minyak masak botol di pasaran yang disebabkan oleh kenaikan harga minyak masak mentah (CPO) di pasaran dunia.

Katanya, berikutan minyak masak yang dijual dalam botol plastik bersaiz 2 kg, 3 kg, 5 kg dan dalam tin 17 kg adalah tidak bersubsidi.

Menurut Georgie, pejabat KPDNHEP Sabah turut mendapat maklumat bahawa bekalan barangan keperluan asas seperti gula, minyak masak khasnya di dalam polibeg saiz 1 kilogram, telur, tepung dan beras yang merupakan bahan utama di dalam penyediaan bakul makanan untuk membantu mereka yang terkesan dengan Covid19 telah dibeli daripada peruncit-peruncit dalam kuantiti yang besar.

Namun, pembelian barang keperluan asas yang berlebihan di peringkat peruncit-peruncit telah menyebabkan pengguna di beberapa kawasan terputus bekalan dan pengguna terpaksa membeli daripada peruncit yang jauh sedikit atau menunggu sehingga bekalan baru sampai ke peruncit tersebut.

Fenomena rak-rak kosong sesuatu barangan keperluan di sesebuah premis peruncit dibimbangi boleh membawa kepada reaksi negatif seperti pembelian panik dalam kalangan pengguna.

“Sehubungan itu, kerjasama daripada pihak NGO dan badan bantuan kemanusiaan amatlah diharapkan supaya mendapatkan bekalan barang keperluan tersebut daripada pihak pemborong di setiap daerah dan merancang tempahan pembelian lebih awal bagi menjamin bekalan sentiasa ada dan tidak terganggu.

“KPDNHEP sangat menghargai usaha murni pihak badan bantuan kemanusiaan dan NGO dalam mengorbankan masa, tenaga dan dana demi membantu golongan yang kurang bernasib baik.

“KPDNHEP ingin mengingatkan para peniaga bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang sengaja menaikkan harga minyak masak paket sekilogram melebihi RM2.50 dan harga gula melebihi RM2.85 sekilogram,” ujar Georgie lagi.

Georgie juga menegaskan bahawa peniaga yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya