HomeIsu tempatanFAMA Sabah Agih 100 Bakul Makanan Kepada Penduduk Terjejas PKPD & Petugas...

FAMA Sabah Agih 100 Bakul Makanan Kepada Penduduk Terjejas PKPD & Petugas Barisan Hadapan

Read Time:54 Second

KOTA BELUD : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah mengagihkan sebanyak 100 bakul makanan kepada penduduk terjejas di dua lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) disini.

Sumbangan menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MAFI Prihatin itu disampaikan Ahli Lembaga Pengarah FAMA Datuk Japlin Akim membabitkan PKPD Kampung Nahaba dan Kampung Jawi Jawi Kota Belud.

Selain agihan kepada penduduk terlibat PKPD, FAMA Sabah turut mengagihkan bakul makanan berupa barangan segar kepada petugas barisan hadapan yang bertugas.

Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan kempen lebihkan makan buah-buahan dan sayuran tempatan yang mana dapat meningkatkan imunisasi badan dan sumber vitamin yang diperlukan untuk melawan penyakit.

Japlin ketika ditemui berkata, sumbangan ini adalah sebagai keprihatinan MAFI dan FAMA Sabah kepada penduduk kampung yang terkesan akibat pelaksanaan PKPD.

“Saya ucapkan terima kasih kepada FAMA dibawah program MAFI Prihatin kerana memberikan bantuan ini.

“Kita berharap dalam masa singkat ini pandemik ini akan dapat dikawal dan saya berharap masyarakat kampung yang terlibat dalam PKPD akan mematuhi setiap arahan yang dijkeluarkan oleh pihak penguatkuasa terutama dalam mengawal SOP masing-masing,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular