HomeUtamaHajiji serah 108 lembu korban sempena Aidiladha

Hajiji serah 108 lembu korban sempena Aidiladha

Read Time:53 Second

TUARAN: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan 108 ekor lembu korban sempena Aidiladha yang akan disambut Selasa ini kepada 50 wakil masjid dan surau di sekitar Tuaran.

Majlis penyerahan lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha itu diadakan di perkarangan Masjid Haji Noor di Kampung Serusup dekat sini pagi tadi.

Selain itu, sumbangan lembu korban turut disampaikan oleh Ketua Menteri kepada pasukan keselamatan di negeri ini iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Pada majlis itu, TDM diwakili Panglima 5 Divisyen, Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia, Kem Lok Kawi, Mejar Jeneral Dato Mohd Halim Khalid; manakala PDRM oleh Ketua Jabatan Pengurusan PDRM Kontinjen Sabah, Pembantu Komisioner Kanan Zabidi Mohd Zain dan Timbalan Panglima Armada Timur, Markas Pemerintah Armada Timur Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Shazalie Shuib, mewakili TLDM.


Turut hadir, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai dan Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Jasni Daya.

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya