HomeIsu tempatanProgram CSR, Hand-to-Hand Food Bank Malaysia Bersama Komuniti dan Petugas Barisan Hadapan

Program CSR, Hand-to-Hand Food Bank Malaysia Bersama Komuniti dan Petugas Barisan Hadapan

Read Time:1 Minute, 48 Second

PAPAR: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bekerjasama dengan Sekretariat Food Bank Malaysia (SFBM) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan pihak 99 Speedmart Sdn Bhd melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berkonsepkan Food Bank bersama Komuniti dan Petugas Barisan Hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif MYCC, Iskandar Ismail berkata, sebanyak 300 bakul makanan disediakan untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan dan terkesan semasa pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Sabah.

Katanya, kolaborasi program ini melibatkan Syarikat 99 Speedmart Sdn Bhd yang turut sama bekerjasama dan The Lost Food Project (TLFP) sebagai Rakan Strategik Utama (RSU) SFBM bagi menjayakan program CSR ini.

Program CSR yang dinamakan sebagai Hand-to-Hand Food Bank Malaysia Bersama Komuniti dan Petugas Barisan Hadapan ini dilancarkan secara maya di negeri Sabah bertempat di Masjid Puncak Taqwa Pekan Kinarut, Papar hari ini (19 Julai).

Menurut Iskandar, Masjid Puncak Taqwa (MPT) Pekan Kinarut dipilih sebagai tempat program CSR pengagihan bakul makanan ini kerana rekod MPT yang telah melaksanakan program Food Bank atau Tabung Makanan sebelum ini adalah sangat rapi, profesional dan lancar, malah setakat ini MPT telah mengagihkan sebanyak 2056 bakul makanan dari sumbangan orang awam diberi kepada mereka yang memerlukan di kawasan daerah berdekatan sepanjang tempoh PKP 3.0 ini.

Dalam pada itu, Pengerusi MPT Prof Madya Dr Awang Setia Musleh turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada pihak MYCC, SFBM, KPDNHEP dan pihak 99 Speedmart Sdn Bhd kerana memilih MPT untuk program CSR bakul makanan tersebut dan sekaligus dapat membantu meringankan beban masyarakat setempat yang terkesan semasa pandemik ini.

“Saya berharap dengan adanya sumbangan bakul makanan ini akan dapat menceriakan suasana bagi yang meraihkan Hari Raya Aidiladha esok,” ujar Dr Awang Setia lagi ketika ditemui semasa majlis pelancaran program tersebut.

Turut Hadir semasa program secara maya itu iaitu Ketua Seksyen Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri, Muhamad Asyraf Ahmad Termimi, Penasihat Masjid Puncak Taqwa, Samin Ongki, Pengarah, Komunikasi Dan Advokasi MYCC, Noor Azila Ahmad, Timbalan Pengarah MYCC, Emeliadiana Alawi, Pembantu Penyelidik MYCC, Nurul Nadia Shahar, Ketua Penolong Pengarah (Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan) KPDNHEP, Muslimun Md Yusof, Pasukan Sekretariat Food Bank Malaysia KPDNHEP dan Pengurus Operasi 99 Speedmart Mohd Mahrus Mohd Faizal.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular