HomeUtamaPatuhi SOP Ketika Sambut Perayaan Aidiladha - Dr Rose Nani

Patuhi SOP Ketika Sambut Perayaan Aidiladha – Dr Rose Nani

Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU : Menjelang sambutan aidiladha esok, umat Islam di negeri ini disaran agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr Rose Nani Mudin berkata pematuhan SOP seperti sentiasa memakai pelitup hidung dan mulut, memastikan penjarakan fizikal dan membasuh tangan tersebut mustahak bagi menjamin keselamatan diri, keluarga serta masyarakat sekeliling.

Mengulas mengenai peningkatan mendadak kes Covid-19 di Sabah sejak dua hari lalu, Rose Nani memaklumkan ia adalah disebabkan penularan jangkitan dalam kalangan penghuni tembok.

“Sabah mencatat peningkatan kes dalam dua hari kebelakangan ini adalah disebabkan berlakunya kes di penjara.

“Apabila berlaku kes, Kementerian Kesihatan akan membuat saringan meluas kepada semua anggota dalam penjara dan inilah yang menyebabkan peningkatan kes mendadak.

“Kita sedia maklum bahawa penjara merupakan tempat yang tertutup dan jangkitan mudah berlaku,” jelas beliau kepada media.

Bagaimanapun, Rose Nani yang merupakan pakar kawalan penyakit berjangkit yakin peningkatan kes itu boleh dikawal dengan segera menerusi koordinasi oleh pasukan kawalan serta bilik gerakan yang beroperasi setiap hari di semua daerah.

Ditanya berkaitan pemberian vaksin kepada penghuni penjara, beliau mendedahkan pihaknya kini sedang berusaha untuk mempercepatkan pemberian vaksin kepada semua rakyat di Sabah.

“Memang matlamat kami adalah untuk memberi vaksinasi secepat dan sebanyak mungkin untuk rakyat Sabah. 

“Namun, kami masih menunggu bekalan vaksin kerana kita perlu memberi perhatian dan keutamaan kepada negeri-negeri yang mempunyai kes yang sangat tinggi.

“Sehingga Julai 2021, kita menerima lebih 700 ribu vaksin dan kita sedang giat mempertingkatkan pemberian vaksin di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sebanyak dua kali ganda khususnya di PPV yang mempunyai populasi tinggi,” katanya selepas membuat kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, pada Isnin.

Hadir mengiringi beliau ialah Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Asits Sanna, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Dr Abd Kahar Abd Asis, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan), Jackson Taguah dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian), Dr Zaiton Tahir./PENERANGAN-

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya