HomeIsu tempatan200 Kotak Air Mineral Disumbangkan Kepada Penduduk Terkesan PKPD

200 Kotak Air Mineral Disumbangkan Kepada Penduduk Terkesan PKPD

Read Time:1 Minute, 2 Second

BEAUFORT: Sebanyak 200 kotak air mineral disumbangkan kepada penduduk Kampung Rancangan Klias disini yang terkesan dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sumbangan air mineral yang disumbangkan Pengerusi Eksekusif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Datuk Seri Lajim Ukin itu disampaikan melalui Pegawai Perhubungan (Tugas-Tugas Khas) Jumaat Abd Rahim kepada wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Rancangan Klias Chicknah Sadim.

Lajim berkata, sumbangan peribadi yang disalurkan itu adalah bagi membantu meringankan beban penduduk terkesan akibat pelaksanaan PKPD yang dilaksanakan selama 14 hari sejak 13 Julai lalu.

“Saya amat memahami situasi penduduk khususnya yang terkesan dengan PKPD kerana mereka mungkin sukar untuk mendapatkan bekalan terutama dari segi makan dan minum selain tidak dapat bekerja dalam tempoh berkenaan.

“Selain itu, bekalan air bersih yang sering kali terputus juga akan memberi kesan kepada penduduk untuk mendapatkan air khususnya bagi kegunaan minum seharian.  Justeru, dengan adanya sumbangan ini sedikit sebanyak mampu menampung keperluan harian penduduk ketika PKPD sekarang,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Beaufort itu turut meminta penduduk setempat agar sentiasa mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi membantu memutuskan rantaian COVID-19.

Terdahulu, Kampung Rancangan Klias dikenakan PKPD selama 14 hari bermula 13 Julai lalu sehingga 26 Julai ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular