HomeIsu tempatanJambatan baharu bakal menggantikan 'Jambatan Timbul Tenggelam'

Jambatan baharu bakal menggantikan ‘Jambatan Timbul Tenggelam’

Read Time:1 Minute, 2 Second

RANAU: Penduduk dari dua buah kampung, Kg.Togop Darat dan Kg Togop Laut terletak kira-kira 58 kilometer dari pekan di sini, menarik nafas lega kerana jambatan konkrit menelan kos RM11.2 juta berukuran 90 meter panjang merentangi Sungai Kopuakan berhampiran kampung-kampung berkenaan, kini sudah 30 peratus siap.

Jambatan itu bakal menggantikan ‘Jambatan Timbul Tenggelam’ yang selama ini hanya boleh dilalui ketika musim kemarau manakala hilang dari pandangan mata (tenggelam) jika musim tengkujuh kerana banjir.

Projek ini atas inisiatif dan usaha mantan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Dr Ewon Ebin  kerana kesungguhannya untuk mendapatkan peruntukan kewangan daripada Kerajaan Pusat bagi tujuan pembinaan jambatan  yang baharu itu untuk laluan utama penduduk  menghantar hasil pertanian ke pekan Ranau.

“Permohonan  menaiktaraf jambatan ini sudah dibuat sejak puluhan tahun yang lalu namun pembinaannya baru kini dapat direalisasikan”, jelas salah seorang penduduk Lemikin Sembuting 56 dari Kg Togop Laut.

“Kami difahamkan jambatan ini dijangka siap pada Jun tahun depan (2022) meskipun pengurangan bilangan pekerjanya tinggal 20 peratus ekoran pandemik Covid-19”, kata seorang lagi penduduk Kg Togop Darat, Jefirin Sinsian.

Upacara ‘Pecah Tanah’ memulakan projek tersebut pada awal tahun ini, telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri pembangunan Perindustrian yang juga ADUN Kundasang, Dr Joachim Gunsalam.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KKFVA, STB capai persetujuan jalin kerjasama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular