HomeUtamaPenghantaran Bekalan Vaksin COVID-19 Ke Sabah Perlu Sentiasa Mencukupi Agar PICK Berjalan...

Penghantaran Bekalan Vaksin COVID-19 Ke Sabah Perlu Sentiasa Mencukupi Agar PICK Berjalan Lancar

Read Time:1 Minute, 12 Second

BEAUFORT : Kerajaan pusat perlu memastikan penghantaran bekalan vaksin COVID-19 ke negeri ini sentiasa mencukupi bagi memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Sabah berjalan lancar.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Lajim Ukin berkata, bekalan vaksin yang cukup juga mampu melancarkan pemberian vaksin di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Sebelum ini Sabah menjadi antara negeri terendah dalam peratusan penerimaan vaksin berbanding negeri lain berikutan kekurangan bekalan vaksin yang dihantar ke negeri ini. 

“Justeru, saya meminta kerajaan pusat untuk segera menghantar bekalan vaksin dengan secukupnya ke Sabah dan menghantar bekalan dengan jumlah yang sama rata seperti negeri ini,” katanya.

Beliau berkata kepada Sabah Media selepas mengadakan lawatan dan tinjauan pemberian vaksin di PPV Dewan Pa’ Musa Beaufort disini pagi tadi.

Lajim yang juga Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkata, pemberian vaksin yang lancar kepada rakyat di negeri ini akan mampu membantu mencapai imuniti kelompok dengan lebih cepat.

“Sehingga semalam sahaja, seramai lebih sejuta dari populasi penduduk di Sabah sudah mendaftar sebagai penerima vaksin di negeri ini.

“Ini menunjukkan sambutan rakyat terhadap pentingnya menerima vaksin amat tinggi.  Bagi mereka yang belum mendaftar, segeralah mendaftar agar kita boleh melawan pandemik COVID-19 ini,” katanya.

Terdahulu, dalam lawatan ke PPV Dewan Pa’ Musa, Lajim turut menyampaikan sumbangan makanan dan minuman kepada petugas barisan hadapan yang bertugas di PPV berkenaan.

Beliau turut berpuas hati dengan kelancaran proses pemberian vaksin kepada penerima di PPV berkenaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Program ‘Education For Us’ mampu perkasa peranan PIBG

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya