HomeUtamaPPV IPT-UMS nafi hantaran tular dalam media sosial mengenai pemberian vaksin tanpa...

PPV IPT-UMS nafi hantaran tular dalam media sosial mengenai pemberian vaksin tanpa melalui aplikasi MySejahtera

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pengajian Tinggi-Universiti Malaysia Sabah (PPV IPT-UMS) yang beroperasi mulai 14 Jun 2021 telah berjaya memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada 16,521 penerima yang merupakan jumlah keseluruhan vaksin diperolehi oleh PPV IPT-UMS sehingga 23 Julai 2021.

Penolong Naib Canselor (STRATEGIK) Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat (PPSKK) Universiti Malaysia Sabah Prof. Madya Dr Rahimie Abd. Karim berkata dalam kenyataan media hari ini, bagi memastikan akses kepada vaksin yang adil dan saksama, proses pemilihan penerima untuk panggilan janji temu di PPV IPT-UMS adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.

“PPV UMS-IPT menerima senarai penerima vaksin COVID-19 daripada aplikasi MySejahtera.

“Oleh yang demikian, PPV IPT-UMS menasihati orang ramai yang belum mendaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 agar segera berbuat demikian bagi membolehkan mereka mendapat janji temu di PPV IPT-UMS,”katanya.

Sehubungan dengan itu, Dr Rahimie menjelaskan bahawa PPV IPT-UMS menafikan hantaran (posting) yang tular dalam media sosial yang mendakwa orang ramai boleh mendapatkan suntikan vaksin di PPV IPT-UMS tanpa melalui aplikasi MySejahtera dengan memberikan maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat email.

“Orang ramai dinasihati agar tidak memberikan maklumbalas ke atas hantaran (posting) tersebut kerana boleh mengganggu operasi PPV IPT-UMS. PPV IPT-UMS juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kebocoran maklumat peribadi yang dikaitkan dengan hantaran (posting) tersebut.

“PPV IPT-UMS tidak pernah melantik mana-mana pihak samada individu atau syarikat sebagai agen mengatur janji temu di PPV IPT-UMS. Pemberian vaksin COVID-19 juga diberikan secara percuma,”tambahnya.

Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai pemberian vaksin COVID-19 di PPV IPT- UMS boleh dikemukakan dengan menghubungi Hotline PPV IPT-UMS di nombor telefon 088-329 200.

RELATED ARTICLES
Utama

Sydney dinobat pemenang peringkat serantau Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya