45 Penghuni Pangsapuri Bukit Tinggi 1 Terima Bantuan Bakul Makanan Kerajaan Sabah

Read Time:1 Minute, 9 Second

KLANG : Seramai 45 penghuni di Pangsapuri Bukit Tinggi 1 yang berasal dari Sabah disini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menerima bantuan bakul makanan.

Bantuan bakul makanan yang disalurkan Kerajaan Sabah itu adalah merupakan sebahagian daripada program Bantuan Sabah Prihatin 3.0 (BSP3.0) 2021.

Penyaluran bantuan menerusi Pejabat Perhubungan Negeri Sabah di Ibu Negara itu disampaikan oleh Persatuan Momogun Sabahan.

Timbalan Presiden Persatuan Momogun Sabahan Edward Sindam berkata, bantuan dibawah BSP3.0 2021 itu merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi membantu rakyat Sabah yang terkesan akibat pandemik COVID-19 di Semenanjung.

“Bagi pihak rakyat Sabah di Semenanjung, saya merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang menyalurkan bantuan bakul makanan melalui Pejabat Perhubungan Negeri di Semenanjung.

“Kita (Persatuan Momogun Sabahan) telah diamanahkan untuk menyampaikan bantuan ini khususnya kepada penduduk Sabah yang berada dalam kawasan PKPD,” katanya ketika ditemui Sabah Media selepas mengagihkan bantuan berkenaan.

Edward berkata, pihaknya turut berharap agar kerajaan Sabah terus memperhebatkan lagi bantuan-bantuan bakul makanan yang disalurkan melalui Pejabat Perhubungan Negeri di Semenanjung.

Katanya, ini akan dapat memastikan bantuan yang disalurkan itu sampai terus kepada golongan sasar yang memerlukan.

“Saya difahamkan masih ramai khususnya rakyat Sabah yang memerlukan bantuan ini dan kita harap mereka yang terkesan akan menerima bantuan bakul makanan bagi meringankan bebanan mereka,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *