HomeUtama85 peratus warga Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan lengkap menerima suntikan...

85 peratus warga Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19

Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Hampir semua warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan termasuk skim gunasama telah menerima suntikan vaksin COVID-19 di pusat-pusat vaksin yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut lokasi anggota bertugas.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, 85 peratus warga Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan merangkumi Zon-Zon Maritim telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 terutamanya petugas frontliners di lapangan bermula pada awal bulan April 2021.

Manakala selebihnya 15 peratus lagi warga dalam proses untuk divaksin mengikut jadual dan dijangka selesai dalam masa terdekat.

“Adalah penting bagi memastikan semua warga terutamanya petugas lapangan mendapat suntikan vaksin memandangkan mereka berhadapan dan terdedah kepada risiko jangkitan dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan di lapangan.

“Di samping melaksanakan tugas hakiki penguatkuasaan, anggota Maritim juga terlibat membantu pihak KKM untuk memastikan komuniti maritim di pulau-pulau sekitar Sabah tidak tercicir daripada mendapatkan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan seperti PPV Mobile Outreach di Daerah Sandakan dengan menghantar petugas-petugas kesihatan dan vaksin ke pulau-pulau di sekitar Kudat dan Sandakan,” katanya.

Berikutan itu, anggota Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan mengambil berat mengenai keselamatan, kesihatan dan tugas mereka yang berhadapan dengan risiko dijangkiti virus tersebut.

Menurut Mohd Rosli, penahanan ke atas bot dan warga asing yang menceroboh perairan negara boleh menyebabkan mereka terdedah kepada risiko dijangkiti virus COVID-19.

“Dengan suntikan vaksin tersebut maka ianya menguatkan imunisasi badan anggota yang bertugas di lapangan serta dapat mengurangkan kesan jangkitan virus,” tambahnya.

Dalam pada itu, Maritim Malaysia terus memperkasakan rondaan di sempadan perairan negara khususnya di Pantai Timur Sabah daripada dicerobohi oleh nelayan asing dan membendung kemasukan pendatang tanpa izin ke Sabah agar rantaian COVID-19 ini dapat putuskan selain itu mengekang penularan virus tersebut di negara kita.

Maritim Malaysia juga memohon kerjasama daripada komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti bom ikan yang berlaku dipersekitaran perairan Kota Kinabalu di talian Pusat Operasi MN Sabah 088-387774.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular