Sambut Baik Pemberian Dos Tunggal, Lebih Praktikal & Jimat Masa – Annuar

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Pemberian dan penghantaran Vaksin Dos Tunggal jenis CanSino yang akan diberi keutamaan kepada Sabah dilihat mampu melancarkan perjalanan pemberian vaksin kepada penerima khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan Datuk Annuar Ayub Aman berkata, ia juga dilihat lebih praktikal, menjimatkan masa dan dapat mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan berbanding pemberian dua dos vaksin sebelum ini.

“Kita menyambut baik kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin baru-baru ini yang mana Sabah akan diberikan keutamaan bagi penerimaan vaksin dos tunggal CanSino.

“Ini adalah satu berita yang menggembirakan kepada rakyat Sabah khususnya yang tinggal di kawasan pedalaman,ladang-ladang dan juga pulau-pulau kecil,” katanya kepada Sabah Media hari ini.

Beliau turut yakin sasaran bagi mencapai 60 peratus vaksinasi kepada rakyat Sabah menjelang Oktober depan diyakini mampu dicapai dengan penyaluran bekalan vaksin yang mencukupi ke negeri ini.

Katanya, berdasarkan data daripada Program Vaksinasi Jangkauan Luar (Outreach) menunjukkan pemberian dos suntikan telah melebihi sasaran 30,000 dos suntikan sehari sejak 21 Julai lalu.

“Setakat ini, sebanyak 1,106,921 juta dos suntikan telah diberikan dan dalam lingkungan 1.25 juta dos suntikan (bergantung kepada jenis vaksin) lagi diperlukan untuk mencapai 60% sasaran vaksinasi ini.

“Sehubungan dengan itu, saya merakamkan penghargaan kepada kerajaan pusat atas komitmen dan keprihatinan dalam pemberian dan menambah jumlah vaksin ke negeri Sabah,” katanya.

Beliau turut merakamkan tahniah kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor serta pemimpin kerajaan neegri yang bertungkus-lumus dalam memastikan Sabah mampu mencapai 60 peratus vaksinasi menjelang Oktober dan imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini.

“Saya difahamkan pada bulan ini Sabah telah menerima jumlah bekalan vaksin yang besar manakala negeri kita juga akan menerima bekalan vaksin termasuk CanSino dalam jumlah yang besar mulai bulan Ogos depan.

“Bekalan vaksin yang besar ini pasti dapat mempercepatkan lagi proses suntikan vaksinasi selain mampu meningkatkan sasaran dos suntikan sehari kepada 50,000 dos suntikan,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *