HomeIsu tempatanPolis buru empat tahanan lelaki melarikan diri dari Pusat Kuarantin COVID-19

Polis buru empat tahanan lelaki melarikan diri dari Pusat Kuarantin COVID-19

Read Time:43 Second

PENAMPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang sedang giat memburu empat tahanan lelaki melarikan diri dari Pusat Kuarantin COVID-19 di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) Penampang pada 1 Ogos 2021, jam 3.30 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Supritendan Mohd Haris Ibrahim dalam satu kenyataan media hari ini, kesemua tahanan lelaki tersebut telah dipindahkan dari lokap Balai Polis Penampang ke Pusat Kuarantin COVID-19 ILMAN, Penampang secara berperingkat bermula 24 Julai 2021 setelah disahkan positif COVID-19 namun mereka telah melarikan diri.

Keempat-empat tahanan yang telah melarikan diri ialah Mohd Rahman Basir, 24, Arippian Abdul, 27, Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20 dan Salman Arip,19.

Kata Mohd Haris, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kesemua tahanan terlibat untuk segera menghubungi Bilik Gerakan IPD Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular