Tiga tahanan melarikan diri dari Pusat Kuarantin COVID-19 ILMAN berjaya diberkas semula, seorang masih diburu

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 12 Second

PENAMPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang mengesahkan berjaya memberkas tiga daripada empat tahanan yang melarikan diri di Pusat Kuarantin Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN), Penampang pada 1 Ogos 2021 jam 3.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Supritendan Mohd Haris Ibrahim berkata dalam kenyataan media hari ini, tiga dari empat tahanan lelaki yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin COVID-19 Di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) Penampang berjaya diberkas semula oleh Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Penampang kurang dari 24 jam masa kejadian.

Menurutnya, Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Penampang telah berjaya memberkas ketiga-tiga tahanan yang lengkap berpakaian kemaja-T dan berseluar tersebut di Lorong Wijaya 1, Taman Wijaya, Menggatal, Kota Kinabalu pada jam 5.45 petang tadi.

Kejayaan pasukan BSJD telah dibantu oleh pasukan daripada IPD Kota Kinabalu dan Ketua Polis Balai Manggatal dalam mengesan ketiga-tiga tahanan iaitu Arripian Abdul, 27, Mohd Diyazmir Razif Rudyaz,20 dan Salman Arip, 19.

Sementara itu, pihak polis sedang giat memburu seorang lagi tahanan yang bolos iaitu Mohd Rahman Basir, 24.

Semua suspek ditahan polis untuk siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323/379 akta yang sama.

Mohd Haris menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tahanan yang masih bolos tersebut untuk segera menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *