HomeUtamaCOVID-19: 213 kes positif di Sabah melibatkan golongan yang telah divaksinasi

COVID-19: 213 kes positif di Sabah melibatkan golongan yang telah divaksinasi

Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Jumlah 1,166 kes COVID-19 yang direkodkan di Sabah pada hari ini, menyaksikan 18.2 peratus 213 kes jangkitan berlaku ke atas golongan yang telah divaksinasi iaitu 92 individu lengkap vaksin dan 121 individu Dos 1.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, peningkatan jumlah kes hari ini menunjukkan kelalaian masyarakat dan tahap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang masih lemah.

Berbanding jumlah keseluruhan, 26.1 peratus 304 kes merupakan jangkitan dalam golongan yang tidak layak vaksin, manakala 55.7 peratus 649 kes adalah golongan yang masih menunggu giliran untuk vaksinasi.

Berikutan pecahan angka mengikut umur turut memperlihatkan golongan aktif berumur 18 hingga 59 tahun sebagai kumpulan yang mencatat kes paling tinggi dengan 793 kes. Ia diikuti golongan berusia 6 hingga 71 tahun dengan 215 kes.

Katanya, penularan jangkitan COVID-19 hari ini, turut menjangkiti golongan yang seharusnya diberi perhatian yang lebih oleh ahli keluarga.

Ia merangkumi 19 kes bayi berusia setahun ke bawah, 70 kes kanak-kanak dalam lingkungan umur setahun hingga 5 tahun dan 69 kes bagi golongan warga emas.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular