COVID-19 : Sabah Rekod Angka Kes Positif Lebih 1,000 Kes Untuk 4 Hari Berturut-Turut

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Sabah terus merekodkan angka kes COVID-19 baharu melebihi paras 1,000 untuk empat hari berturut-turut dengan jumlah sebanyak 1166 kes iaitu meningkat 164 kes berbanding 1002 kes semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dari jumlah itu daerah Kota Kinabalu mencatat 234 kes baharu diikuti Penampang 123 kes dan Tawau sebanyak 106 kes.

“Selain itu, daerah Beaufort merekodkan 84 kes; Tuaran 83 kes; Papar 73 kes; Kunak 68 kes; Sandakan 61 kes; Keningau 59 kes; Tenom 41 kes; Ranau 40 kes dan Telupid 38 kes.

“Seperti sebelum ini, saringan kontak rapat terus menyumbang kes positif yang terbanyak iaitu 674 kes atau 57.8 peratus; saringan bergejala (171 kes) dan 147 kes diperolehi dari saringan kluster sedia ada,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, jumlah kontak rapat yang begitu tinggi adalah satu petunjuk bahawa begitu ramai orang sudah terdedah kepada jangkitan COVID-19.

Katanya, dalam situasi di mana virus sudah tersebar luas dalam masyarakat dan dalam kawasan yang luas, ‘lockdown’ bukan lagi kaedah yang berkesan untuk membendung penularan.

“Apa yang perlu dibuat ialah mempercepatkan vaksinasi di kalangan penduduk. Sabah telah menerima bekalan vaksin yang banyak pada minggu ketiga bulan Julai.

“Sejak 21 hingga 31 Julai, JKNS telah berjaya memberi 374,214 dos vaksin. Menjadi harapan untuk meneruskan vaksinasi pada kadar purata 50 ribu dos sehari dalam bulan Ogos,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *