HomeUtamaPICK : Vaksinasi Tanpa Janji Temu Secara Berjadual Dilaksana Di PPV Integrasi...

PICK : Vaksinasi Tanpa Janji Temu Secara Berjadual Dilaksana Di PPV Integrasi Mega SICC

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Individu yang masih belum mendapat tarikh janji temu suntikan vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera boleh hadir mendaftar di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Mega Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Ketua PPV SICC yang juga Pakar Perubatan Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr Pathmen Arumugam berkata, PPV itu menawarkan vaksinasi tanpa temujanji secara berjadual sejak 2 Ogos lalu.

“Pelaksanaan vaksinasi tanap temujanji ini adalah bagi membolehkan penerima vaksin mendapat tarikh vaksinasi secepat mungkin dan ia dibuka kepada mereka yang berusia 18 tahun ke atas.

“Mereka boleh datang secara ‘walk-in’ ke PPV ini dan memberi nama kepada petugas, selepas itu mereka akan pulang ke rumah dan kami akan mendapatkan janji temu mereka dalam sehari atau dua hari selepas itu,” katanya.

Dr Pathmen berkata, sehingga Isnin lalu, sejumlah 370 orang telah mendaftar bagi mendapatkan tarikh janji temu di PPV berkenaan.

Katanya, sebahagian dari individu yang sudah mendaftar telah mendapat tarikh vaksinasi manakala selebihnya akan diberi tarikh secepat mungkin.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SICC Datuk Rosmawati Nasuki berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama penuh kepada JKNS dengan menyediakan fasiliti dan petugas bagi memastikan orang ramai yang hadir mematuhi prosedur standard operasi (SOP).

“Kita bekerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JKNS dimana kita dapat bantuan daripada pihak penguatkuasa bagi membantu mengawal mereka yang datang.

“Selain itu kita juga ada membuat pengumuman setiap 20 minit untuk mengingatkan SOP dan syukur semua dipatuhi,” katanya.

Rosmawati berkata, operasi vaksinasi tanpa janji temu berjadual ini juga membolehkan pihak SICC menyediakan tempat letak kereta yang boleh menampung keperluan mengikut jadual penerima vaksin.

PPV Integrasi Mega itu beroperasi sejak 10 Julai lalu yang dikhaskan kepada Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS).

PPV ini juga mula dibuka kepada orang ramai pada 28 Julai dengan menyasarkan 10,000 penerima setiap hari.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular